b.e.k.u.

sunyi. beku. sepi. kaku. blog nih sepi sangat. sesepi tuannya. blog nih beku sangat. sebeku tuannya. kaku juga sekaku tuannya. hm...tidak ada apa yang boleh di ceritakan. tiada perjalanan hidup yang hendak di ceritakan. tiada apa. tidak mengapalah. insyaAllah suatu hari nanti pasti blog ini dapat berfungsi seperti biasa. menceritakan kisah2 lucu, sedih, seram yang ingin tuan blog ini kongsi bersama sama pembaca-pembacanya semua. tetapi buat masa ini blog ini mungkin akan sunyi sepi buat sementara waktu.

s.u.n.d.a.y.

semalam diri ini bersama Mama dengan Ayah pergi ke rumah orang kahwin. kemudian kami terus menuju ke Gelang Patah untuk ke rumah Angah. lepak lepak sebentar di rumah Angah kemudian terus ke rumah kawan Ayah.

lepas tu Ayah ajak jalan-jalan di Kota Iskandar Nusajaya. tujuannya mahu ke Putri Habour. Sampai sana Mama jumpa customer yang selalu ambil barang di office Mama. dia offer kitaorang naik boat free pusing-pusing.

so kitaorg pun naiklah boat sampai ke jambatan 2nd Link tu. pergh lawa sungguh permandangan waktu sunset. dah puas pusing-pusing kitaorg pun balik la semula. huhu seronok. Mama dengan jubahnya dan diri ini dengan baju kurung nya pergi naik boat. kelaka sungguh.









a.w.a.k.e.

this song is dedicated to my one and only en boypren.



A beautiful and blinding morning
The world outside begins to breathe
See clouds arriving without warning
I need you here to shelter me

And I know that only time will tell us how
To carry on without each other

So keep me awake to memorize you
Give us more time to feel this way
We can't stay like this forever
But I can have you next to me today

If I could make these moments endless
If I could stop the winds of change
If we just keep our eyes wide open
Then everything would stay the same

And I know that only time will tell me how
To carry on without each other

So keep me awake for every moment
Give us more time to be this way
We can't stay like this forever
But I can have you next to me today

We'll let tomorrow wait, you're here, right now, with me
All my fears just fall away, when you are all I see

We can't stay this way forever
But I have you here today

And I will remember
Oh I will remember
Remember all the love we shared today

n.e.w.p.e.r.s.p.e.c.t.i.v.e.

hari ini awal pagi diri ini sudah bangun. semangat la konon-kononnya untuk pergi berjogging-joggingan. tetapi diri ini agak kehairanan apabila melihat cuaca diluar gelap sahaja. sekali hujan la pulak. jadi apa lagi teruslah diri ini menyambung tidur. eheheheh.. seronok sungguh tidur dipagi hari dengan cuaca yang hujan. sejuk sahaja terasa. tetapi tidurku tidak lama.

semalam baru diri ini pergi berjalan-jalan bersama kakak-kakakku. sudah lama rasanya tidak keluar bersama mereka. cewahh.. semalam Along belanja tengok movie. Jennifer's body menjadi pilihan. huhuhu takutt!! walaupun cerita itu agak tah apa apa tetapi agak takut la juga. mungkin kerana banyak sangat terkejut-terkejut. eheheheh

r.u.n.j.o.v.a.i.r.u.n.

sudah berapa hari diri ini cuba untuk mengupdatekan blog ini tetapi seperti biasa setiap kali diri ini mahu menari-narikan jari jemari di atas permukaan keyboard mesti jari jemariku ini kaku tidak tahu untuk memulakan rentak, kaku diam seribu bahasa ditempatnya.

tetapi hari ini diri ini cuba gagahkan diri untuk jari jemariku ini memulakan tariannya. nampaknya agak berjaya walaupun tiada cerita yang tertulis hanya bermula dengan mukadimahnya sahaja. tetapi tidak mengapa sekurang-kurangnya ada perubahan.

setelah diri ini sah bergelar penganggur, tiada apa yang boleh diri ini lakukan selain dari duduk diam di rumah. walaupun agak tertekan tetapi diri ini gagahkan juga hati dan perasaan untuk menempuhi hari-hari mendatang. walaupun tiada siapa yang memahami diri ini tetapi ucapan ribuan terima kasih diri ini ucapkan kepada keluargaku serta en boypren kerana memberi sokongan.

tadi waktu sedang memandi manda, diri ini mendapat idea bagaimana untuk mengisi masa-masa terluangku. plan di hati ingin membusykan diri dengan aktiviti aktiviti riadah seperti bersukan. oleh kerana cuaca di sini sentiasa hujan di petang hari jadi diri ini telah membuat keputusan untuk memulakan larian dipagi hari. jadinya insyaAllah besok pagi akan diri ini memulakan larian. ehehehe.. lepas-lepas lagi boleh ah diri ini menapau roti canai di kedai. eheheh tidak lagi kelaparan dipagi hari.

apa lagi yang diri ini boleh buat? nampaknya seperti tiada apa-apa lagi yang boleh diri ini lakukan. hanya menghabiskan masa bersama diri sendiri serta keluarga sahaja. diri ini tidak akan sekali-kali menyesali keputusan yang diambil. walau apa pun yang berlaku diri ini anggap semuanya adalah cubaan semata-mata.akan ku tabahkan diri serta gagahkan diri untuk bangkit kembali menebus kesilapan lama. tidak mengapalah. sampai berjumpa lagi di lain entry.

p/s: alia aku rindu kat kau.. en boypren memang sentiasa dirindui lebih-lebih lagi sekarang ini sudah semakin jauh. apa apa pun kau tetap di hatiku. ehehe..